Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Nov 2019
Versi 8.2.2
MASALAH AIR DIATASI
Tarikh : 22 May 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KABONG : Tiga kontraktor dilantik untuk mengatasi masalah air di kawasan Kabong, Nyabor dan sekitarnya melibatkan 5,000 orang penduduk.

Keputusan tersebut dipersetujui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam lawatan kerja ke kawasan terbabit di sini semalam.

Abang Johari berkata, projek membaik pulih dan menaik taraf kemudahan bekalan air di kawasan ini dijadualkan siap dalam tempoh sebulan.

"Sebelum ini, hanya satu kontraktor terlibat projek ini dan memandangkan situasi dihadapi penduduk dalam keadaan kritikal dan memerlukan usaha penyelesaian segera, kita bertindak menambah dua lagi kontraktor untuk mempercepatkan usaha ini.

"Sejumlah RM6.5 juta peruntukan diluluskan untuk melaksanakan projek ini sebagai tambahan peruntukan RM60 Juta diluluskan untuk projek jangka panjang," katanya semasa mengadakan lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Kabong di sini semalam.