Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 20 Mei 2019
Versi 8.2.1
 
SARAWAK LABUR RM7 JUTA PULIHKAN DUSUN DURIAN
Tarikh : 25 May 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

LIMBANG: Sebanyak RM7 juta dibelanjakan kerajaan negeri bagi menjayakan projek perintis pemulihan dusun durian bagi menghasilkan durian yang sihat, banyak dan berkualiti di negeri ini.
Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, program itu dilaksanakan membabitkan kerjasama antara Jabatan Pertanian Sarawak dan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd (Top Fruits).
Jelasnya, empat kawasan dikenal pasti untuk pelaksanaan projek ini membabitkan Serian, Betong, Long Lama dan Limbang.

“Pemulihan dusun durian salah satu cara dan pendekatan terbaik, cepat dan efektif yang digunakan kerajaan untuk menghasilkan buah durian bagi memenuhi permintaan tempatan dan luar.

“Untuk itu, kita sudah mengenal pasti 5,000 daripada 45,000 batang pokok durian untuk dipulihara di daerah ini bagi memenuhi permintaan pasaran,” ujarnya pada Program Pemulihan Dusun Durian di Kampung Bangkuati di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Pertanian Bahagian Jafaruddin Ali, Pegawai Pertanian Daerah Alex Ding, wakil syarikat Top Fruits Benson Kho dan Foo Kian Shung serta Ketua Kampung Bangkuati Yahya Simali.

ADUN Bukit Kota itu berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri telah melantik syarikat Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd untuk membantu para pengusaha durian menghasilkan buah durian yang berkualiti dan banyak.