Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Jul 2019
Versi 8.2.1
 
Pertanian pintar perkasakan sektor pertanian Sarawak
Tarikh : 11 Dec 2018  Sumber Berita: BERNAMA
 

KUCHING 6 Dis. - Teknologi Pertanian Pintar mampu memperkasakan sektor pertanian di negeri ini, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Justeru, beliau menyarankan agar institusi pendidikan di Sarawak menawarkan bidang Diploma Pertanian Pintar bagi bersama-sama mencapai matlamat ke arah pembangunan Ekonomi Digital.

"Para pertani moden harus menggunakan alat teknologi terkini agar hasil tani meningkat, justeru adalah penting bidang pertanian pintar ini diperkenalkan pada masa kini.

"Saya pasti, kelak kita mampu mengeluarkan hasil tani yang berganda-ganda jika mengaplikasikan teknologi terkini dalam pertanian pintar, sekaligus memampankan sektor pertanian dan memperkasakan lagi hasil pengeluaran tani ke luar negara," katanya.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-12 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Seramai 1,107 orang menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran dan diploma yang ditawarkan di institusi tersebut. -BERNAMA