Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 20 Mei 2019
Versi 8.2.1
 
Penduduk Malaysia lebih 32.6 juta
Tarikh : 13 Feb 2019  Sumber Berita: BERNAMA
 

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun keempat (ST4) 2018 dianggar 32.6 juta, meningkat sebanyak 1.1 peratus berban­ding 32.2 juta pada ST4 bagi tahun 2017, demikian menurut Ja­batan Perangkaan Ma­laysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah itu, 16.8 juta adalah lelaki dan 15.8 juta perempuan.

“Selangor menca­tat komposisi penduduk paling tinggi iaitu 6.5 juta penduduk dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatat komposisi penduduk terendah iaitu 91,900 penduduk,” kata­nya

MOHD. UZIR MAHIDINMOHD. UZIR MAHIDIN 

dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, laporan ber­kaitan Perangkaan Demografi bagi ST4 2018 itu memaparkan jumlah penduduk, kelahiran hidup dan kematian pada suku tahun keempat (Oktober-Disember) 2018.

Sebanyak 127,400 kelahiran hidup dilapor pada tempoh sama, turun sebanyak 2.5 peratus berbanding 130,600 kelahiran hidup sepanjang ST4 2017.

“Sejumlah 65,800 bayi lelaki dan 61,600 bayi perempuan dilahirkan pada ST4 2018. Purata bilangan kelahiran hidup bagi ST4 2018 adalah 42,500 sebulan.

“Selangor mencatat bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 25,600 kelahiran (20.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan jumlah kelahiran hidup terendah iaitu 420 kelahiran (0.3 peratus) bagi suku tahun itu,” katanya.

Selain itu, Mohd. Uzir berkata, sebanyak 41,400 kematian direkodkan bagi ST4 2018, turun sebanyak 1.9 peratus berbanding ST4 2017 iaitu sebanyak 42,200.

“Sejumlah 23,800 kematian adalah lelaki sementara 17,600 kematian adalah perempuan. Purata bilangan kematian pada ST4 2018 adalah sebanyak 13,800 sebulan. Bagi tempoh yang sama, Selangor menca­tatkan bilangan kematian pa­ling tinggi iaitu 6,700 kematian manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bila­ngan kematian terendah iaitu 58 kematian,” jelasnya. – BERNAMA