Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 19 Jul 2019
Versi 8.2.1
 
Masalah bekalan diesel 371 sekolah di Sarawak selesai hingga hujung tahun
Tarikh : 29 Mar 2019  Sumber Berita: UTUSAN ONLINE
 

MENTERI PENDIDIKAN MICHAEL

MENTERI Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong bersama 33 wakil sekolah angkat terlibat di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian selepas selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara PPKS dan sekolah berkenaan di Auditorium PPKS di Kuching sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE/MD AZRIN ROSLY

KUCHING 27 Jun - Masalah bekalan diesel bagi 371 sekolah di Sarawak yang menggunakan generator telah diselesaikan hingga hujung tahun ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, perkara tersebut diambil tindakan pantas dan responsif oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang ditemui pihaknya pada Jumaat lalu.

“Dia memberi jaminan sehingga hujung tahun ini, tiada lagi masalah bekalan diesel bagi 371 sekolah yang terlibat.

“Bagaimanapun, ia hanyalah  langkah sementara yang mana untuk jangka panjang kita mahu menghubungkan sekolah itu dengan grid elektrik berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dengan 33 sekolah di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Auditorium PPKS di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi PPKS, Tan Sri Abdul Aziz Hussain dan Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon.

Pada 17 Jun lalu, Dr. Maszlee memaklumkan, Jepak Holdings Sdn. Bhd. gagal membekalkan diesel di sekolah-sekolah tertentu di Sarawak sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik.

MoU itu merupakan kerjasama pintar bagi memajukan lagi inisiatif Pembangunan Modal Manusia demi manfaat masyarakat secara keseluruhan dengan memperkasakan landskap pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Mengulas lanjut, Michael memberitahu, Jabatan Pendidikan Sarawak sebenarnya telah mengenal pasti sekolah berkenaan pada tahun lalu mendapati kebanyakan sekolah itu berdekatan dengan grid elektrik.

“Menteri Pendidikan terdahulu telah bersetuju bahawa 80 sekolah berkenaan sepatutnya dihubungkan dengan grid elektrik namun belum mendapat peruntukan.

“Matlamat akhir kita bagi memastikan kesemua sekolah itu nanti akan dihubungkan dengan grid elektrik,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sebanyak 428 sekolah di negeri ini juga masih tidak mendapat bekalan air terawat disamping peruntukan bagi sekolah daif sebanyak RM1 bilion diumumkan dalam Bajet 2018 diharap akan dapat dibincangkan lebih lanjut bersama Dr. Maszlee kelak. - UTUSAN ONLINE