Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 23 Okt 2019
Versi 8.2.2
 
Kekalkan Bukit Sari sebagai deposit tetap GPS
Tarikh : 08 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-10-08T01:00:01+08:00

 Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang, disaksikan Jerry (dua kiri), Awangku Jinal dan yang lainnya di Sundar, kelmarin.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang, disaksikan Jerry (dua kiri), Awangku Jinal dan yang lainnya di Sundar, kelmarin.


LAWAS: Rakyat di daerah ini perlu melipatgandakan usaha dan tenaga bagi mengekalkan konsituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari sebagai deposit tetap kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi berdepan Pilihan Raya Negeri akan datang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat GPS sebelum ini, ahli-ahli parti perlu lebih bekerja keras menyantuni para pengundi di luar bandar.

Beliau berkata, Jerayawara GPS yang diadakan di negeri ini penting untuk memperkenalkan lambang parti itu ke peringkat akar umbi bagi mengelak kekeliruan dengan penggunaan lambang dacing Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Ahli-ahli GPS perlu melipatgandakan usaha dan peranan masing-masing bagi memperkenalkan lambang GPS di setiap ranting di daerah ini, sekali gus mengekalkan DUN Bukit Sari sebagai deposit tetap GPS,” katanya pada Jerayawara GPS Peringkat N82 Bukit Sari bagi Zon Sundar, Awat-Awat dan Meriting di Dataran Pekan Sundar, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diwakili Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Dr Abdul Rahman Ismail.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi PBB Negeri merangkap Timbalan Ketua PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa, Setiausaha PBB Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmad, Pengerusi Pengelola Zon Sundar-Awat-Awat-Meriting Mirat  Jair, Ketua Ranting PBB Meriting-Berjumpa-Bada-Reyah-Sundar Jerry Siran Lagan dan ketua-ketua komponen parti di bawah GPS.

Dr Abdul Rahman menambah, program itu juga bertujuan menerangkan tentang isu-isu semasa dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

ADUN Bukit Kota itu juga mahu penduduk di Lawas menjadikan sektor pertanian sebagai aktiviti ekonomi utama untuk menjana pendapatan keluarga.

“Aktiviti pertanian jika diusahakan mampu meningkatkan pendapatan keluarga.

“Malah banyak produk pertanian di Sarawak boleh dieksport ke negara China memandangkan rakyat negara itu memerlukan sumber makanan yang banyak,” katany.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan gubahan bunga, karaoke serta futsal kategori lelaki dan wanita.

  • oleh
    Mastura Ismail
  •