Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 23 Okt 2019
Versi 8.2.2
 
Pindaan Kanun Tanah Negeri menyelesaikan isu peribumi
Tarikh : 08 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-10-08T01:00:01+08:00

 Abang Johari (duduk, tiga kanan) dan Uggah (dua kiri) merakam kenangan bersama para peserta yang menghadiri forum berkenaan.
TERBAIK: Abang Johari (duduk, tiga kanan) dan Uggah (dua kiri) merakam kenangan bersama para peserta yang menghadiri forum berkenaan.


SIBU: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi penyelamat domain kawasan peribumi (NTD) yang terdiri daripada Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) apabila meminda Kanun Tanah Negeri tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pindaan itu telah memberi NTD kuasa undang-undang bagi membolehkan penduduk peribumi memiliki dan menggunakan tanah itu.

“Inilah penyelesaian yang dibuat kerajaan GPS dalam isu tersebut yang menghantui masyarakat peribumi di Sarawak terutama kaum Iban selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Forum Kanun Tanah Peringkat Zon Tengah di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Abang Johari, sebelum pindaan dibuat kerajaan telah melakukan banyak rundingan dengan pemimpin masyarakat, pakar undang-undang, pakar adat tradisional dan lain-lain.

Katanya, ia juga antara harapan bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) sebelum meninggal dunia.

“Beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah untuk menyelesaikan isu NCR ini dengan teliti dan berhati-hati demi manfaat pemiliknya,” ujar beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion.

Katanya, walaupun sebahagan besar penduduk peribumi menyambut baik langkah kerajaan negeri dalam meminda RUU tersebut namun tidak dinafikan terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan tersebut.

Malah ujar beliau, ada yang menghasut pemilik tanah untuk menentang usaha kerajaan dalam melaksanakan program pengukuran tanah NCR.

“Mereka turut mempersoalkan keputusan kerajaan untuk mengehadkan saiz NTD kepada 1,000 hektar.  

“Apa sahaja yang dilakukan, kami sentiasa berasaskan kepada undang-undang sedia ada termasuk dalam pengurusan tanah.

“Kami tidak boleh membiarkan orang membuat tuntutan (tanah) bertindih atau tuntutan yang tidak pasti kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dalam kalangan mereka sendiri, “katanya.

Katanya, kerajaan juga tidak mengurangkan saiz NTD, malah pindaan tersebut bertujuan memastikan pengurusan tanah yang lebih berstruktur di negeri ini.

  • oleh
    Andy Sabang
  •