Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Nov 2019
Versi 8.2.2
139 projek RTP dikategorikan projek sakit di Sarawak
Tarikh : 07 Nov 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-11-06T12:32:48+08:00


SHARIFAH HASIDAH

KUCHING: Hanya dua peratus daripada jumlah 10,001 projek Transformasi Luar Bandar (RTP) diluluskan dari tahun 2015 sehingga September tahun ini di Sarawak, dikategorikan sebagai projek sakit.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, dua peratus itu adalah mewakili sebanyak 139 projek.

“Sementara, bagi tahun 2019 pula, daripada 2,641 projek RTP yang telah diluluskan hanya terdapat 66 projek atau 2.5 peratus dikategorikan sebagai projek sakit.

“Antara punca projek sakit adalah disebabkan oleh pengurusan kontraktor yang lemah, masalah kewangan kontraktor, masalah tapak dan kesukaran membawa bahan binaan ke tapak projek (aksesibiliti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Chee Kadir (GPS-Kabong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengenai status terkini projek sakit di kawasan Kabong, Sharifah Hasidah berkata, terdapat satu sahaja dikategorikan projek sakit iaitu projek naik taraf Pusat Penjaja Simpang Nyabor-Kabong (Pusat Penjaja Kampung Nyabong).

“Projek RTP merupakan projek yang dilaksanakan hasil cadangan yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat dan daripada cadangan ini adalah daripada pembangunan rakyat kawasan itu sendiri

“Bagi kawasan Kabong, saya difahamkan hanya satu sahaja projek sakit iaitu projek naik taraf Pusat Penjaja Simpang Nyabor-Kabong. Setakat ini, tarikh siap mengikut projek adalah pada 14 Februari 2019,” ujarnya.

Menurutnya, projek tidak dapat disiapkan kerana kontraktor masih menunggu penyambungan elektrik dari pihak SESCO.

Beliau memberitahu, Majlis Daerah Saratok telah menulis surat kepada SESCO Sri Aman pada 25 Oktober 2019 untuk mendapatkan bil kos penyambungan elektrik pusat penjaja tersebut.

  • oleh
    Marlinda Mardzuki