Kompleks GIATMARA Limbang baharu mula dibina tahun depan |
Tarikh : 21 Aug 2020 Sumber Berita: Berita Sarawak |
LIMBANG: Kemudahan institusi kemahiran di da-erah ini akan dinaik taraf melalui pembinaan projek Kompleks GIATMARA baharu bernilai lebih RM5 juta di kawasan Bandar Baharu Limbang yang akan dimulakan tahun depan. Timbalan Menteri Pe-ngangkutan Hasbi Habi-bollah berkata permoho-nan untuk pembinaan Kompleks GIATMARA sudah diluluskan pada perjumpaaan bersama Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf, baru-baru ini. Jelasnya, proses peng-ambilalihan tapak tanah di kawasan Bandar Baharu Limbang sudah selesai dan kerja pembinaan akan dimulakan tahun depan. “Pembinaan Kompleks GIATMARA, Kolej Komuniti antara yang kami (wakil rakyat) perjuangkan untuk dilaksanakan sejak dulu lagi (2008). “Jika Lawas mempunyai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Limbang juga bakal mempunyai Kompleks GIATMARA yang baharu,” katanya kepada media semalam. Selain itu, Ahli Parlimen Limbang itu menjelaskan kebanyakan projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) sedang dalam proses tender dan ada beberapa projek baharu hendak dimula-kan. “Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Abang Johari Tun Abang Openg untuk dilaksanakan di bawah projek NRDA. “Projek ini melibatkan infrastruktur, kebajikan, pelancongan, ekonomi dan pertanian dan kita berharap pelaksanaan projek berjalan lancar,” ujarnya lagi. Mengulas mengenai projek pembinaan dan naik taraf Jalan Buang Abai hingga ke Pengkalan Rejab fasa keempat, jelasnya projek itu berlaku kele-watan. Projek Jalan Buang Abai hingga ke Pengkalan Rejab amat dinanti penduduk sejak 10 tahun lalu dan merupakan penghubung utama bagi penduduk di hampir 10 perkampungan masyarakat Melayu di pesisir Sungai Limbang. |