Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 23 Okt 2019
Versi 8.2.2
 
LKIM mahu meningkatkan aktiviti pendaratan ikan
Tarikh : 12 Jul 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-07-12T01:00:01+08:00

Faiz (kanan) dan Bohari (kiri) bersama para                    nelayan semasa sesi dialog sempena lawatan kerja ke Kompleks Pelabuhan LKIM Tanjung Bako, semalam.
MESYUARAT:Faiz (kanan) dan Bohari (kiri) bersama para nelayan semasa sesi dialog sempena lawatan kerja ke Kompleks Pelabuhan LKIM Tanjung Bako, semalam.


KOTA SAMARAHAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membangunkan fasa kedua Kompleks Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako di sini, sebagai usaha meningkatkan aktiviti pendaratan ikan di pelabuhan berkenaan.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, kompleks yang beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2018 itu kini masih lagi menerima sasaran agak rendah dari segi pendaratan ikan.

“Terdapat beberapa cadangan untuk komponen kemudahan tambahan pada fasa kedua ini termasuk kilang ais, kilang pemprosesan dan pusat pembaikan kapal.

“Fasa kedua ini mungkin menelan kos hampir RM30 juta kerana ia melibatkan tiga komponen besar berkenaan namun kita masih menunggu peruntukan diluluskan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), baharu kita dapat memulakan projek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako yang dihadiri Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak Bohari Leng di sini, semalam.

Mengulas lanjut Faiz berkata, kerajaan akan memberi keutamaan dalam masalah dihadapi nelayan terutama pembinaan kilang ais di kawasan berdekatan atau dalam kompleks.

Katanya, masalah ketiada-an kilang ais berdekatan menyebabkan kurangnya pendaratan ikan di pelabuhan berkenaan.

“Ia merupakan cabaran kepada LKIM untuk meng-aktifkan lagi kompleks pelabuhan ini bagi menarik minat nelayan-nelayan mendaratkan ikan di sini supaya ia menjadi kompleks yang benar-benar berfungsi seperti mana kita harapkan sebelum ini.

“Kompleks ini merupakan antara yang termoden bukan sahaja di negara kita tetapi di Asia Tenggara, maka kita mahu ia digunakan dengan seoptimum yang mungkin,” tegasnya.

Faiz berkata, sejak beroperasi pada Ogos 2018, jumlah ikan yang didaratkan di pelabuhan berkenaan adalah sebanyak 3,948 tan metrik dengan nilai lebih RM10 juta.

Manakala bagi jumlah vesel perikanan yang berdaftar di pelabuhan LKIM Tanjung Bako pada 2018 adalah sebanyak 123 buah.

“Vesel perikanan yang mendaratkan ikan di pelabuhan bagi tahun 2018 adalah sebanyak 30 bot iaitu 17 peratus daripada jumlah keseluruhan vesel perikanan yang berdaftar di kawasan Kuching,” katanya.

Pelabuhan perikanan ber-kenaan telah dibangunkan pada Mac 2014 dengan keluasan 42.41 ekar dan siap pada Julai 2017 dengan beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2018.

  • oleh
    Jessica Jawing
  •