Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Sept 2019
Versi 8.2.2
 
Kes HFMD meningkat di Sabah dan Sarawak
Tarikh : 11 Sep 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-09-11T01:00:01+08:00

 Gambar fail menunjukkan petugas perubatan memeriksa kanak-kanak bagi mengesan tanda-tanda HFMD.
PERIKSA: Gambar fail menunjukkan petugas perubatan memeriksa kanak-kanak bagi mengesan tanda-tanda HFMD.


SIBU: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukan peningkatan di Sabah dan Sarawak tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata jumlah kes terkumpul HFMD bagi Sabah dan Sarawak sehingga 31 Ogos lalu masing-masing sebanyak 5,803 dan 10,082 kes.

“Jumlah terkumpul kes HFMD bagi seluruh negara sehingga 31 Ogos ialah sebanyak 41,741. Sabah dan Sarawak mencatat kes tertinggi bagi tahun ini.

“Berlaku peningkatan kes HFMD di kedua-dua negeri ini berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Dr Lee memberitahu, peningkatan kes berlaku pada awal tahun ini namun peningkatan itu tidak membimbangkan kerana tidak berkaitan dengan jangkitan Enterovirus 71 (EV71).

“Kebanyakan kes HFMD ini tidak membimbangkan. Tiada kes di mana pesakit dimasukan ke ICU dan tiada kematian dilaporkan akibat HFMD setakat ini,” jelasnya.

Bagi mencegah penularan HFMD, beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa menjaga kebersihan anak-anak.

Sementara itu, Selangor mencatat 8,080 kes HFMD, Kuala Lumpur (3,297), Perak (2,961), Pulau Pinang (2,311), Johor (1,856), Kelantan (1,312), Negeri Sembilan (1,190), Kedah (1,156), Labuan (1,128), Melaka (1,085), Pahang (946), Terengganu (326) da Perlis (208).

  • oleh
    Reno Benjamin
  •