Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Sept 2019
Versi 8.2.2
 
Pembinaan projek infrastruktur harus utamakan kualiti
Tarikh : 11 Sep 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 


2019-09-11T00:30:01+08:00

 Masing (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen kontrak yang ditandangani RECODA bagi projek infrastruktur dibawah URDA yang diwakili Ismawi (empat kiri) bersama Pengarah Urusan Hock Seng Lee Berhad Datuk Paul Yu (lima kanan) pada majlis menandatangani kontrak di PCC, semalam. — Gambar oleh Chimon Upon
METERAI: Masing (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen kontrak yang ditandangani RECODA bagi projek infrastruktur dibawah URDA yang diwakili Ismawi (empat kiri) bersama Pengarah Urusan Hock Seng Lee Berhad Datuk Paul Yu (lima kanan) pada majlis menandatangani kontrak di PCC, semalam. — Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Kementerian Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur tidak akan berkompromi terhadap aspek kualiti pembinaan projek infrastruktur di negeri ini.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata ia termasuk projek-projek infrastruktur agensi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) walaupuan ia berdasarkan ‘fast-track basis’.

Katanya, sebagai contoh projek RECODA di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) yang merangkumi daerah Belaga, Bukit Mabong, Kapit, Song dan Kanowit yang dilaksanakan dalam masa dua tahun iaitu 2019-2020 berdasarkan fast-track basis.

“Hari ini, kita menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara RECODA menerusi enam projek infrastruktur di bawah URDA bersama kontraktor.

“Projek pelaksanaan berdasarkan mekanisme fast-track, namun pada masa yang sama kita mahu ia dilaksanakan dengan baik.

“Kita mahu memastikan ia dibina dengan baik mengikut standard dan kita tidak akan berkompromi dari segi kualiti walaupun ia adalan projek fast-track,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak RECODA bagi enam projek di bawah URDA bersama enam kontraktor di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Majlis berkenaan yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni yang memeterai kontrak bersama kontraktor terdiri daripada Hock Seng Lee Berhad, Hanayin Engineering Sdn Bhd, WHE Contract Sdn Bhd, Davilla Construction Sdn Bhd, Kemudi Harta Sdn Bhd dan Bumi Utara Construction Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Masing berkata enam projek di bawah URDA itu merupakan yang pertama daripada 34 projek infrastruktur di bawah agensi itu.

“Kita baharu sahaja menyaksikan majlis menandatangani kontrak bagi enam daripada 34 projek di bawah URDA di mana kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.5 bilion keseluruhan projek.

“Dengan pelaksanaan projek ini nanti ia pasti akan mempertingkatkan lagi ketersambungan kawasan dalam URDA dan paling penting ia membuka akses kepada semua tempat ini,” katanya sambil memberitahu, URDA merangkumi kawasan seluas 41,000 kilometer persegi.

Masing berkata, dengan beberapa lagi projek selebihnya akan menyusul, ia pasti akan merancakkan lagi sosioekonomi di kawasan di bawah URDA.

Katanya, projek selebihnya itu dijangka akan ditender kesemuanya dalam tahun ini memandangkan tahun depan sudah memasuki fasa pelaksanaan projek.

“Sebaik sahaja reka bentuk projek disiapkan, RECODA akan teruskan projek-projek berkenaan,” ujarnya.

Beliau percaya buat masa ini apa yang penting adalah mewujudkan aksesibiliti di kawasan itu kerana ia akan membuka peluang lain termasuk pembangnan sosioekonomi di kawasan berkaitan.

Majlis berkenaan turut dihadiri wakil rakyat dari kawasan di bawah URDA termasuk Menteri Muda Elektrik Luar Bandar juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

  • oleh
    Jessica Jawing
  •