Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 23 Apr 2019
Versi 8.2.0a
 
Pendaftaran ProbetPendaftaran Probet
Probet  

SENARAI SEMAK PERMOHONAN SURAT KUASA

1. Kehadiran semua waris terdekat si mati

2. Salinan Asal & Salinan Fotostat Kad Pengenalan semua waris Sijil Lahir anak-anak.

( Bagi anak yang bawah umur 18 tahun )

3. Sijil Kahwin ( Bagi pasangan simati)

4. Salinan Asal & salinan sijil Kematian simati

5. Surat Akuan (Jika perlu bagi yang tiada Sijil Kematian)

6. Salinan Asal & salinan fotostat harta simati (contohnya: Geran tanah, Buku Akaun Bank ( Baki terkini diperlukan), KWSP, Insuran, Tabung Haji, Green Card     Kenderaan, Lesen Senapang dll)

7. Hadir bersama Ketua Masyarakat / Ketua Kaum di kawasan berkenaan.

PROSES KERJA PERMOHONAN SURAT KUASA ( PROBET )

* Terima Permohonan daripada pemohon

* Semak dokumen dan perkara lain yang berkaitan

* Lengkapkan Affidavit (R.44) dan tandatangani pemohon dan pegawai yang
   merekod sebagai saksi.

* Rekodkan semua maklumat dalam buku Pendaftaran Probet (R.49) dan
   masukan semua salinan dokumen dalam Affidavit (R.44)

* Tandatangan pemohon / waris-waris yang hadir dalam buku Pendaftaran Probet
   (R.49)

* Pengesahan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum

* Maklumkan kepada pemohon untuk mengambil Surat Kuasa Pentadbiran
   selepas (2) dua bulan.

* Bagi kematian sebelum 1 November 1991 harta dinilai untuk memastikan Duti
   Pesaka / Cukai Harta.

PROSES KERJA PROBET OF WILL

Terima kunjungan waris si mati yang datang bersama salinan "WILL" yang telah dibuka di depan peguam yang dilantik. Will asal hendaklah dibuka di Pejabat Daerah Limbang.