Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Feb 2019
Versi 8.2.0
 
Perutusan ResidenPerutusan Residen

Assalamualaikum Warramatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pelawat-pelawat laman web Pejabat Residen Bahagian Limbang, Sarawak. Pejabat Residen Bahagian Limbang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri Sarawak yang bertanggungjawab menjadi nadi penggerak di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di Bahagian Limbang. Sejajar dengan visi organisasi kami menjadi peneraju utama dalam menggerakkan pembangunan menyeluruh di Bahagian Limbang maka kami beriltizam kearah memperkasa budaya perkhidmatan yang cekap serta rapih rakyat dalam membawa arus pembangunan.Berpandukan nilai-nilai kualiti dan semangat kerja berpasukan, pegawai dan kakitangan Pejabat Residen Bahagian Limbang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan.  Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perkhidmatan berkualiti serta sistem penyampaian yang effisien. Dengan adanya laman web ini orang awam boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai Pentadbiran Bahagian Limbang dan khususnya perkhidmatan utama yang disediakan oleh Pejabat Residen Bahagian Limbang.   Melalui Perkhidmatan SARAWAKNET pelanggan-pelanggan kita dapat melayarai laman web pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk mendapat maklumat-maklumat tertentu dan ianya juga sebagai satu alat komunikasi melalui e-mel.  Kami sentiasa mengalu-alukan komen serta cadangan yang membina daripada pelawat-pelawat laman web demi memperkemaskinikan isi kandungan laman ini. Saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memudahkan pihak yang tertentu untuk mendapat maklumat dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan mutu Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. 

Terima kasih.
 

Ir. Ahmad Denney Bin Haji Ahmad Fauzi
Residen Bahagian Limbang