Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 Feb 2019
Versi 8.2.0
 
Piagam PelangganPiagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mesra kepada pelanggan yang berurusan dengan perhkidmatan-perkhidmatan :-

1. Pengeluaran Lesen Pungutan Awam yang telah lengkap diisi akan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja ( tidak termasuk tempoh ia dirujuk kepada Ketua Polis Daerah).

2. Permohonan Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam yang telah lengkap diisi akan diluluskan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

3. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja tertakluk kepada semua syarat dipenuhi.

4. Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja sekiranya disertakan dengan dokumen yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

5. Keputusan permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang lengkap dan diterima oleh Pejabat Residen akan ditentukan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan mendapat kelulusan dari Residen.

6. Permohonan Permit membeli Peluru Senapang Patah (Shotgun) akan disiapkan serta merta sekiranya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

7. Tempoh urusan bagi Nama-Nama Perniagaan adalah seperti berikut :-

(a) Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Baru) - akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap.

(b) Pengeluaran Lesen Perdagangan (Baru) - akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap.

(c) Pengeluaran Lesen Perdagangan (Pembahruan) - akan disiapkan dengan serta merta dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap.

(d) Pengeluaran Ekstrak Nama-Nama Perniagaan - akan disiapkan dengan serta merta dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan didapati sahih.

(e) Pindaan Butir-Butir dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan - akan disiapkan dengan serta merta dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan didapati sahih.

(f) Pembatalan Nama-Nama Perniagaan- akan disiapkan dalam satu (1) hari dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan didapati sah.

8. Permohonan Sijil Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam lima (5) hari bekerja dengan syarat semua pihak yang terlibat hadir bersama dokumen-dokumen yang lengkap serta memenuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

9. Projek-projek Kecil Luar Bandar (MRP) siap dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa dalam tahun kewangan semasa.

10. Pengurusan Acara diurus mengikut perancangan, kewangan dan masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

11. Laporan Suku Tahun Prestasi Pelaksanaan Projek-Projek Rancangan Malaysia dapat disiapkan dan dihantar kepada Jabatan Ketua Menteri (Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Negeri) dalam setiap tiga (3) bulan sekali, yakni minggu pertama setiap bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

12. Laporan Bulanan Projek-Projek Rancangan Malaysia disiap dan dihantar kepada SIMU sebelum atau pada 10hb bulan berikutnya.

13. Laporan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) (Peruntukan Persekutuan) siap dihantar kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak sebelum atau pada 10hb bulan berikutnya.

14. Kes-Kes Mahkamah Bumiputera akan didengar dan diputuskan dalam tempoh tiga (3) bulan; dan

15. Resit pembayaran akan dikeluarkan serta merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam.

* Semua tempoh kelulusan/pemberian perkhidmatan yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan di atas adalah tertakluk kepada semua syarat dipenuhi oleh pelanggan dan pegawai yang memberikan kelulusan berada di pejabat.