Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri akan mengadakan Program Klinik Guaman di Bahagian Limbang pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Tingkat 6, Pejabat Residen Limbang
Tujuan program ini dijalankan bagi memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada orang awam sama ada dalam kes sivil, jenayah atau syariah.
Sila bawa bersama dokumen seperti yang berikut :
1. Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Nikah
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Sijil Lahir Anak-anak
4. Slip Gaji (3 bulan terkini)
5. Surat/Perakuan dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika ada)
6. Lain-lain Dokumen Berkaitan
Tuan/Puan dijemput datang khususnya kepada warga penduduk Bahagian Limbang.