picture

News

 

Prestasi KEMAS Limbang digeruni pada Hari Potensi

Posted on 21 Jun 2019
Source of News: Utusan Borneo

2019-06-21T01:00:02+08:00

 Khairul (berdiri, lima kiri) Azmi, bersama para guru dan anak-anak LAKIL A,B,C dan D pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang, malam kelmarin.
TERUJA: Khairul (berdiri, lima kiri) Azmi, bersama para guru dan anak-anak LAKIL A,B,C dan D pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di Limbang, malam kelmarin.


LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Limbang sentiasa melakar beberapa kejayaan dalam pelbagai pertandingan terutama Hari Potensi yang diadakan saban tahun melibatkan peringkat zon hingga negeri.

Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Khairul Amree Abdul Rahman berkata, berdasarkan sejarah, Limbang kerap mencipta kejayaan dalam pentas sama bukan sahaja di peringkat parlimen dan zon malah hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

“KEMAS Parlimen Limbang sering digeruni kerana kerap merangkul paling ba-nyak kejuaraan pertandingan pada Hari Potensi Peringkat Zon dan Negeri saban tahun.

“Kejayaan ini menunjuk-kan KEMAS mempunyai anak-anak berbakat dan mempunyai kelebihan untuk ditonjolkan pada pertandingan berprestij itu,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Tabika KEMAS LAKIL Limbang di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tabika KEMAS Lakil Ayatul Azmi Zaini, Timbalan Pengerusi PIBG Tabika KEMAS Lakil Morshidi Tuah dan Pemaju Masyarakat Tabika KEMAS Lakil ABCD Suzana Wasli, Mariam Usut, Siti Ardila Pedi dan Annie Brahim.

Khairul berkata lagi, KEMAS Parlimen Limbang sudah melakukan persiapan rapi untuk mengibarkan cabaran pada Hari Potensi Peringkat Zon di Miri Julai depan.

Menurutnya, Tabika LAKIL antara tabika yang menonjol dan banyak melahirkan permata hingga ke peringkat zon dan negeri.

“Setiap tahun Tabika LAKIL akan menghantar wakil untuk bertanding pada Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS di peringkat zon dan negeri,” katanya.

Bagi tahun ini jelasnya, Tabika LAKIL akan menghantar wakil bagi Pertandingan Gerak Kreatif pada Hari Potensi Peringkat Zon Julai depan.

Hari Potensi katanya, adalah peluang untuk melatih anak-anak berhadapan dengan orang ramai, meningkatkan keya-kinan dan keberanian selain kemahiran berkomunikasi.

“Selain guru, ibu bapa memainkan peranan pen-ting dalam memberi tunjuk ajar, mendidik dan melatih bakat-anak-anak di rumah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, selain aktiviti luar dan bakat pihaknya tidak akan meminggirkan kokuri-kulum dalam mengasah bakat dan pencapaian kanak-kanak dalam segenap bidang.