picture

News

 

Projek Tebingan Sungai Limbang dijangka siap 2025

Posted on 09 May 2023
Source of News: TVS

LIMBANG, 9 Mei: Projek pembinaan Tebingan Sungai Limbang merangkumi tiga fasa yang menelan kos hampir RM100 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL), Kaunselor Sufian Mohat berkata, kos itu membabitkan pembinaan Tebingan Sungai Limbang sepanjang 1.8 kilometer (km) yang juga terpanjang di Sarawak.
 


Sebahagian projek Tebingan Sungai Limbang yang kini dalam pembinaan. Foto: TVS.
 

Kata beliau, pakej projek itu juga meliputi pembinaan jejantas tiga laluan serta jejantas ke Tasik Mas yang sudah siap.
 


Wali Kota MDL, Kaunselor Sufian Mohat. Foto: TVS.
 

“Projek Tebingan Sungai Limbang fasa ketiga juga berjalan mengikut jadual dan dijangka siap pada 2025.

“Bagi fasa kedua, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu projek yang bermula dan projek tanah susur yang juga dalam perlaksanaan dan dijangka siap pada 2024,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Kampung Sayung hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, projek Tebingan Sungai Limbang fasa satu yang telah bermula awal kini berdepan masalah dan akan diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
 


 

Menurutnya, MDL juga menerima banyak permohonan daripada penduduk setempat untuk terlibat sama dalam aktiviti perniagaan di ruang niaga yang dibina di bawah projek tebingan sungai itu yang kini masih dalam peringkat kajian. – TVS