picture

News

 

Bangunan PKL bakal tersergam indah sekitar Stadium Tertutup Limbang – Dr Abdul Rahman

Posted on 22 May 2023
Source of News: TVS


Dr Abdul Rahman bersama tetamu kehormat lain memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota.


LIMBANG, 20 Mei: Bangunan baharu Persatuan Kedayan Limbang (PKL) bakal tersergam indah di atas tapak baharu berhampiran Stadium Tertutup Limbangdengan keluasan lebih empat ekar.

diluluskan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata ia khabar baik buat masyarakat di sini selepas peruntukan hampir RM6 juta bagi projek berkenaan telah

 

Dr Abdul Rahman berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota.
 

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, tapak lama yang dipersetujui sebelum ini berhampiran Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang tidak sesuai kerana berbukit dan risiko tanah runtuh.

“Sebenarnya persatuan telahpun melantik konsultan untuk membuat reka bentuk, di tanah yang telahpun diluluskan di kawasan Masjid Jannatul Firdaus, tetapi Premier Sarawak menyatakan bahawa tempat itu tidak sesuai sebab ia berbukit dan berdepan tanah runtuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL di Dewan Suarah Limbang pada Jumaat.
 
Menurut Dr Abdul Rahman lagi, Jabatan Tanah Dan Survei Limbang sudah mengenal pasti dan ditugaskan untuk menyukat tanah tersebut untuk diserah kepada persatuan berkenaan.
 

Dr Abdul Rahman sebaik tiba pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran PKL. Foto: Pusat Khidmat Bukit Kota
 

“Persatuan mencari tapak lain, yang lebih sesuai dan Alhamdulillah ada tempat itu tapi jauh sedikit pada masa ini di kawasan berdekatan dengan Stadium Tertutup Limbang,” katanya lagi.

Bangunan baharu yang amat dinantikan masyarakat Kedayan di utara negeri ini akan memberi kemudahan bukan saja kepada masyarakat Kedayan itu sendiri, malah masyarakat pelbagai kaum dan agensi kerajaan lain. – TVS