News

 

5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Limbang 2025

Posted on 05 Sep 2025
Source of News: UKAS

LIMBANG: Kira-kira 5,000 peserta melibatkan 78 kontinjen meriahkan Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Peringkat Daerah Limbang, yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang dan Dewan Suarah Limbang pada Jumaat.

Sambutan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JTPIL) itu diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah, dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Dalam amanatnya, Datuk Hasbi menegaskan bahawa sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar perayaan, tetapi wadah memperbaharui tekad mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW dalam membina Sarawak yang maju, makmur dan penuh nilai kasih sayang.

“Tema Ummah Maju Makmur yang dipilih sangat bertepatan dengan aspirasi kita di Sarawak.

“Rasulullah SAW adalah teladan agung, rahmat untuk sekalian alam, dan kita wajib menjadikan Baginda sebagai sumber ilham dalam kehidupan,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan umat Islam di Sarawak untuk maju dalam bidang ilmu, ekonomi dan teknologi, termasuk memanfaatkan perkembangan digital serta kecerdasan buatan (AI).

Dalam masa sama, beliau menyeru agar prinsip maqasid syariah dijadikan asas pembangunan, selaras dengan pelaksanaan Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030.

Selain itu, Beliau juga menegaskan perlunya umat Islam mengekalkan keharmonian antara agama yang telah lama menjadi kekuatan negeri ini, selain menyokong langkah strategik kerajaan menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak (SSWF) demi menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

Sambutan dimulakan dengan perarakan berarak mengelilingi Bandar Limbang menuju ke Dewan Suarah Limbang sebelum diteruskan dengan persembahan zikir marhaban, ucapan aluan, amanat tetamu kehormat, persembahan nasyid serta penyampaian hadiah bagi pertandingan sepanduk dan perarakan.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Limbang, Puan Mariati Samat, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely, Pengerusi Majlis Daerah Limbang, Kr Sufian Mohat, serta Pemanca Haji