Pejabat Residen Limbang

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Limbang

 

BR1M


                                                                BRIM

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
       
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.   
  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.   Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

                                                                                  TALIAN HOTLINE :

                                                                 PERMOHONAN BR1M - 1-800-88-2716
                                                              INSURAN BR1M (i-BR1M) - 03-2716 2716

 

 Maklumat asas i-BR1M

 Apakah i-BR1M?

 i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.

 Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

 Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.

  Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?

Manfaat adalah seperti berikut: Manfaat Perlindungan

Jumlah Dibayar

Keadaan di mana manfaat-manfaat yang tidak dibayar

Kematian Bukan Akibat

Kemalangan

RM1,000

Manfaat tidak akan dibayar jika kematian/ kemalanagan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan yang berikut:

 membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau

 di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau

 hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau

 keadaan sedia ada.

 

Kematian Akibat

Kemalangan

RM30,000

Hilang Upaya Kekal

Menyeluruh Akibat

Kemalangan *

RM30,000

       

  * Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut:
a. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
b. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
c. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.

 Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?  

Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh dimuat-turun di:

a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my/
c
. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

 Tuntutan Kematian

Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan

a. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan

b. Sijil Kematian

c. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan Kemalangan)

d. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat

e. Bukti hubungan penerima manfaat

1) Pasangan – Sijil Perkahwinan

2) Anak – Sijil Kelahiran

3) Ibu bapa

4) Adik beradik

 

a. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan

b. Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M

c. Salinan laporan polis yang disahkan

d. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat

e. Bukti hubungan penerima manfaat

1) Pasangan – Sijil Perkahwinan

2) Anak – Sijil Kelahiran

3) Ibu bapa

4) Adik beradik

 

 Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.

Senarai Pengendali-Pengendali Takaful

 Pengendali-Pengendali Takaful

AmFamily Takaful Berhad

(www.amtakaful.com.my)

MAA Takaful Berhad

(www.maatakaful.com.my)

Etiqa Takaful Berhad

(www.etiqa.com.my)

Prudential BSN Takaful Berhad

(www.prubsn.com.my)

Great Eastern Takaful Bhd

(www.i-great.com)

Sun Life Malaysia Takaful Berhad

(www.sunlifemalaysia.com)

Hong Leong MSIG Takaful Berhad

(www.hlmsigtakaful.com.my)

Syarikat Takaful Malaysia Berhad

(www.takaful-malaysia.com)

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my)

Takaful Ikhlas Sdn Bhd

(www.takaful-ikhlas.com.my)

 Bilakah tuntutan akan dibayar?

 Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

 Hotline: 03-2716 2716

Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my