Pejabat Daerah Limbang

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Limbang

picture
 

Piagam Pelanggan


KAMI BERILTIZAM UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG CEKAP. BERKESAN DAN MESRA KEPADA PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN:-

1.


Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA) diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja tertakluk kepada semua syarat dipenuhi;

2.



Permohonan Pindah Hakmilik Lesen Senapang Patah (Shotgun) Melalui Probet yang diterima oleh Pejabat Daerah akan diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja sekiranya disertakan dengan dokumen yang lengkap dalam memenuhi semua syarat yang ditetepkan;

3.


Permohonan Permit Membeli Peluru Senapang patah (Shotgun) akan disiapkan serta-merta sekiranya memenuhi peraturan yang ditetepkan;

4.

Tempoh urusan bagi Nama-Nama Perniagaan adalah seperti berikut;


(a). Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Baru) - akan disiapkan dalam tempo satu (1) hari
      bekerja dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap

(b). Pengeluaran Lesen Perdagangan (Baru) - akan disiapkan dalam tempoh satu 
      (1) hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap;

(c). Pengeluaran Lesen Perdagangan (Pembaharuan) - akan disiapkan dengan
      serta-merta dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap

(d). Pengeluaran Ekstrak Nama-Nama Perniagaan-akan disiapkan dengan serta-merta
      dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan didapati sahih;

(e). Pindaan Butir-Butir dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan akan disiapkan dengan
       serta-merta dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan 
       didapati sahih;
  (f).  Pembatalan Nama-Nama Perniagaan-akan diproses dalam tempoh satu (1) hari
       bekerja dengan syarat semua dokumen yang disertakan adalah lengkap dan didapati
       sahih;
5.



Permohonan Sijil Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dengan syarat semua pihak yang terlibat hadir bersama dokumen-dokumen yang lengkap serta memenuhi prosedur-prosedur yang telah lengkap;

6.


Projek-projek Kecil Luar bandar (MRP) akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa dalam tahun kewangan semasa;

7.


Membantu dalam Pengurusan Acara mengikut perancangan, kewangan dan masa yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur;

8.


Laporan Projek Kecil Luar Bandar (MRP)/(Peruntukan Persekutuan) siap dihantar kepada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak sebelum atau pada 10hb bulan berikut;

9.

Kes-Kes Mahkamah Bumiputera akan didengar dan diputuskan dalam tempoh (3) bulan; dan

10.
Resit pembayaran akan dikeluarkan serta-merta bagi semua pungutan hasil dari orang awam.

*Semua tempoh kelulusan/[pemberian perkhidmatan yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan di atas adalah tertakluk kepada semua syarat dipenuhi oleh pelanggan dan pegawai yang memberi kelulusan berada di pejabat.