Mengenai Limbang

 

Mengenai Limbang


Bahagian Limbang terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram ( Bahagian Miri) di Selatan,di tengah-tengahnya  Daerah Temburong (Negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang  berada di tengah-tengah. Limbang adalah bahagian yang ke 5 diantara ke 11 Bahagian di Negeri Sarawak. Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan  Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,790 km/segi. Bahagian Limbang  mempunyai Penduduk berjumlah 88,400 orang  yang terdiri daripada etnik Melayu, Kedayan, Cina, Iban, Bisaya, Lun Bawang, dan beberapa etnik lain. Pekerjaan utama  penduduk, seperti Bidang Pertanian, Penternakan,Perikanan dan Perniagaan.