Pejabat Daerah Lawas

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Limbang

 

Tempat Menarik



Tamu Lawas

Salah satu daya tarikan pelancongan yang paling popular di Lawas ialah Tamu Lawas yang beroperasi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Produk tempatan seperti kraftangan, sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut dijual oleh penduduk tempatan di sini. Selain itu, ikan tahai, garam bukit dan beras bario yang menjadi produk terkenal di Lawas turut dijual di sini.

Ikan Tahai Garam Bukit Beras Bario

 

Selain Tamu Lawas, tempat-tempat menarik di Lawas adalah Pantai Punang, Pantai Sungai Bangat, Merarap (Kolam Air Panas), Kampung Air Terjun (sepanjang jalan Trusan), Ba'kelalan dan Da Sango A (jeram).

   

   

Pantai Punang dan Pantai Sungai Bangat     Merarap     Ba'kelalan
Pantai Sungai Bangat berdekatan dengan Pantai Punang. Perjalanan dari bandar Lawas ke Punang kira-kira 12km dan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Pantai Sungai Bangat dan Pantai Punang sesuai dijadikan tempat perkelahan kerana mempunyai  pemandangan yang cantik terutamanya ketika matahari terbenam.
    Merarap merupakan kolam air panas pertama di Lawas. Kolam air panas ini berada 69km dari bandar Lawas dan mengambil masa kira-kira dua jam setengah mengikut keadaan cuaca. Hal ini kerana jalan yang dilalui untuk pergi kesana merupakan kawasan jalan balak. Tempat ini amat sesuai untuk perkelahan keluarga dan individu yang sukakan cabaran perjalanan. Walaubagaimanapun pemandangan tempat ini sangat cantik. Tempat ini ibarat syurga tersembunyi di hutan belantara.
    Ba'kelalan adalah sebahagian Lawas yang mempunyai pemandangan yang cantik. Perjalanan untuk pergi ke Ba'kelalan mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam mengikut keadaan cuaca kerana jalan yang dilalui adalah kawasan jalan balak (125km). Ba'kelalan berada pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari aras laut mempunyai suhu rendah sepanjang tahun. Ba'kelalan terkenal dengan buah epal dan beras bario.
             

   

   
Malasak Waterfall     Da Sango      
Melasak terkenal dengan air terjun yang terletak di Kampung Pengalih kira-kira 15km dari bandar Lawas     Perjalanan ke Da Sango mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Hanya dapat menggunakan jalan darat yang melintasi Long Tuan, Trusan. Da Sango adalah kawasan jeram sungai yang berbatu. Ia sesuai untuk dijadikan tempat perkelahan keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti berakit.