Perutusan Pegawai Daerah Lawas
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Kewujudan laman web ini tentunya akan dapat mendekatkan lagi Pentadbiran Daerah Lawas dengan rakyat tanpa mengira masa. Paparan pelbagai maklumat berkaitan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah Lawas serta maklumat-maklumat am lainnya di daerah ini akan dapat melonjakkan lagi penyebaran maklumat atas talian dengan lebih berkesan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah eGovernment di mana para pengunjung laman web ini akan mendapat maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan tepat.
Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa dipertingkatkan secara berterusan sesuai dengan perkembangan semasa dan kehendak pelanggan. Ini selaras dengan proses transformasi perkhidmatan awam negeri Sarawak. Pengemaskinian laman web ini akan sentiasa dipantau agar apa yang dipaparkan akan dapat dipertingkatkan, releven dan terkini. Sebarang maklum balas dan cadangan yang membina amatlah dialu-alukan untuk kebaikan semua. Sekian, terima kasih.
"An Honour To Serve"
LADIN BIN ATOK
Pegawai Daerah Lawas