picture

News

 

Kerajaan lulus RM30.5 juta untuk Sistem Pengurusan Trafik Kapal di Pelabuhan Kuching - Masing

Posted on 13 Nov 2019
Source of News: Utusan Borneo
2019-11-13T14:05:05+08:00
Masing bersama yang lain tiba di Kompleks DUN hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon
Masing bersama yang lain tiba di Kompleks DUN hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM30.5 juta untuk memasang Sistem Pengurusan Trafik Kapal (VTMS) di Pelabuhan Kuching pada tahun 2020.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang gembira dengan peruntukan itu berkata, sistem tersebut akan membolehkan pelabuhan menguruskan trafik kapal di Sungai Sarawak.

"Ia akan memudahkan pergerakan kapal masuk dan keluar dari kawasan pelabuhan.

"VTMS akan meningkatkan kawalan dan keselamatan navigasi Pelabuhan Kuching dan meningkatkan tahap keyakinan komuniti perkapalan sama ada  tempatan mahupun antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan ucapan penggulungan bagi Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Masing berkata, VTMS adalah perlu dalam memastikan keselamatan dan kecekapan navigasi maritim untuk daya saing pelabuhan dan kemampanan negeri ini.

"Bagi pelabuhan Sarawak yang lain, sistem pengurusan trafik ini akan dipasang dalam fasa di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)," katanya.

 

  • oleh
    Marlinda Mardzuki