picture

Lesen Pungutan Derma Awam

 

Lesen Pungutan Derma Awam


Maklumat Umum

Kanak-kanak (berusia bawah 16 tahun) tidak dibenarkan untuk memungut wang kutipan.

Pemegang lesen mengeluarkan Sijil Kuasa (Certificate of Authority) dank ad pengenalan pengutip (Collector’s Indentification Card) – Borang C dan Borang D.

Pemegang lesen menghantar laporan kutipan dalam masa 1 bulan selepas tarikh lesen itu luput

Undang-Undang / Peraturan

  • Ordinan Pengumpulan Awam, 1996 (Bab 21)
  • Borang Permohonan Lesen, Seksyen 4(1)(b)

Borang Rasmi

  • Borang A, B, C, D

Bayaran Yuran

  • RM25.00 (seksyen 5)

Dokumen yang diperlukan

  1. Borang Permohonan Borang A mesti diisikan dengan tiga salinan dan diserah kepada Residen Bahagian Limbang untuk dihantar kepada Ketua Polis Daerah untuk membuat tapisan keselamatan.
  2. 4 keping gambar saiz pasport mesti diserahkan bersama dengan Borang A
  3. Salinan Penyata Akaun Bank
  4. Salinan Minit Mesyuarat (kalau ada), dimana permohonan untuk memungut derma telah dibincangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penganjur
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Organisasi
  6. Salinan Surat Kelulusan daripada Ketua Jabatan

Perkara-Perkara Dalam Ordinan Kutipan Awam 1996

Beberapa seksyen dalam Ordinan ini menerangkan bagaimana proses pungutan derma dijalankan. Dibawah ini diperjelaskan butir-butir yang memberi kuasa kepada Setiausaha Kerajaan dan Residen dalam pemberian lesen memungut derma:

i)     Seksyen 2 mendefinasikan “Pungutan’ (Collection) bermaksud merayu kepada pelbagai kategori public yang juga merujuk mendapat pungutan derma dari rumah ke rumah, di pelbagai tempat di persekitaran Bandar samada diberi atau tidak atau dalam pelbagai bentuk yang didermakan oleh penderma berdasarkan tulisan undang-undang, kontrak dan persetujuan undang-undang.

ii)  Seksyen 2 juga mendefinasikan “Pegawai Pelesenan” ialah berhubung kait   dengan tempat pungutan dibuat :-

  1. Untuk seluruh Negeri, Pegawai Pelesenan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri; dan
  2. Di dalam Bahagian atau Daerah, Pegawai Pelesenan ialah Residen di Bahagian tersebut.

iii)  Tujuan utama mengutip derma yang diterang dalam Seksyen 3(2) ialah :-

  1. Kepentingan Lembaga Amanah
  2. Ia tujuan memberi faedah kepada orang awam atau mana-mana masyarakat atau sebahagian daripada orang awam; atau
  3. Kutipan telah disahkan sebagai kepentingan awam oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

(iv)  Cara memohon lesen mengutip derma adalah diterangkan di dalam       Seksyen 4

  1. Permohonan adalah dimajukan kepada Pegawai Perlesenan di dalam kawasan di mana pungutan itu akan dilakukan.
  2. Permohonan menggunakan Form A (sperti Lampiran I)
  3. Mesti mempunyai maklumat-maklumat lengkap seperti yang dikehendaki oleh Pegawai Pelesenan.
  4. Lesen kutipan derma yang telah diluluskan adalah dalam bentuk Borang B (seperti Lampiran II)

(v)  Bayaran untuk Lesen Kutipan Derma adalah sebanyak RM25.00, mengikut Seksyen 5 Public Collection Ordinance, 1996.

(vi)  Seksyen 6 memberi kuasa kepada Pemegang Lesen Kutipan Derma untukmengeluarkan Sijil Kuasa (Certificate of authority) – Borang C dan Kad Pengenalan Pengutip (Collector’s Identification Card) – Borang D. Borang Cdan D boleh diperoleh dari Pegawai Perlesenan (Lampiran III dan IV)

(vii)  Seksyen 11 mengkehendaki Pemegang Lesen membuat akaun kutipan kepada Pegawai Pelesenan dalam masa sebulan atau dalam masa yang  telah dipersetujui oleh Pegawai Pelesenan dan tarikh luput lesen kutipan tersebut.

 

Pegawai Seranta : Encik Mohamad Sapura Bin Osman (085-202106)