Permohonan Anak Angkat

 

Permohonan Anak Angkat


1. Terima borang permohonan.

2. Semak borang permohonan dan dokumen sokongan berdasarkan senarai semak  di Lampiran 1.

  • Jika tiadk lengkap / tidak memenuhi syarat, maklumkan pemohon untuk membuat pembetulan.
  • Jika lengkap / memenuhi syarat, rujuk pemohon dan borang permohonan kepada PD

3. Temuduga pemohon untuk menentukan pemohon adalah orang yang layak mengangkat anak.

  • Jika pemohon didapati tidak layak, maklumkan pemohon dan sebab-sebab permohonan ditolak.
  • Jika pemohon layak, minta ibubapa sah dan penjaga kanak-kanak yang akan diangkat dan saksi menurunkan tandatangan di Bahagian B borang pemohonan.

4.  Lengkap Llampiran 2.

5.  Nyatakan kelulusan di ruangan khas dan tandatangan Bahagian B.

6.  Arahkan Pemb.T / PTR untuk menyediakan Sijil Anak Angkat berdasarkan maklumat dalam borang permohonan dan Lampiran 2.

7.  Semak Sijil Anak Angkat dan Lampiran 2 yang telah disediakan.

  • Jika tidak betul / lengkap dan kembalikan kepada Pemb.T / PTR untuk membuat pembetulan.
  • Jika betul / lengkap, serahkan Borang Pemohonan, Sijil Anak Angkat dan Lampiran 2 kepada PD untuk tandatangan.

8.  Turunkan tandatangan dalam Sijil Anak Angkat yang disediakan.

9.  Maklumkan kepada pemohon bahawa Sijil Anak Angkat telah siap diproses dan pemohon perlu datang ke pejabat untuk mengambil sijil tersebut.

10. Dapatkan akuan penerimaan pemohon dalam Buku Daftar Pengambilan Sijil Anak Angkat.

11. Serahkan Sijil asal Anak Angkat, Lampiran A dan salinan borang pemohonan kepada pemohon.

12. Salinan Sijil Anak Angkat, Lampiran A dan borang permohonan asal difailkan untuk rekod.

Nama Pegawai Bertanggungjawab Alamat Pejabat No.Untuk dihubungi:-
  1. SAO Hamidah Bt.Haji Halpi
  2. SAO Racha Balang
  3. SAO Marcella Lily Sapun
  4. SAO Kamariah Bt. Katol
  5. SAO Awgku Mohamad Faizal Bin Pengiran Jawa
  • Pejabat Daerah Limbang
  • 085-202115
  1. SAO Donny Dunggat
  • Pejabat Daerah Kecil Nanga Medamit
  • 085-238185