picture

Perutusan Residen Bahagian Limbang

Assalamualaikum Warramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sarawak Maju Makmur

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelawat-pelawat laman web rasmi Pentadbiran Bahagian Limbang. Pentadbiran Bahagian Limbang merangkumi Pejabat Residen Bahagian Limbang, Pejabat Daerah Limbang dan Pejabat Daerah Lawas.
Pejabat Residen Bahagian Limbang merupakan agensi kerajaan negeri Sarawak yang bertanggungjawab menjadi nadi penggerak di dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan demi kesejahteraan dan kemakmuran penduduk di bahagian Limbang.
Sejajar dengan visi dan misi organisasi, kami merupakan peneraju utama dalam menggerakkan pembangunan menyeluruh di Bahagian Limbang. Kami turut beriltizam ke arah memperkasa budaya perkhidmatan yang cekap serta rapi, sekaligus membawa penduduk bahagian Limbang untuk merasai arus pembangunan dari semasa ke semasa.
Berpandukan nilai-nilai kualiti dan semangat kerja berpasukan, pegawai dan kakitangan Pejabat Residen Bahagian Limbang sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan. Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perkhidmatan berkualiti serta sistem penyampaian yang efisien dan efektif. Dengan adanya laman web rasmi ini, orang awam boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai berita terkini, pembangunan dan perancangan di bahagian Limbang dan khususnya perkhidmatan utama yang disediakan oleh Pejabat Residen Bahagian Limbang. 
Kami sentiasa mengalu-alukan cadangan serta maklumbalas yang membina daripada pelawat-pelawat laman web rasmi kami demi mempertingkatkan prestasti dan kualiti isi kandungan laman web ini. Saya berharap maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memudahkan para pelawat untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan mutu Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. khususnya di Pentadbiran Bahagian Limbang.
Sekian, terima kasih.
Haji Unus Bin Tambi
Residen Bahagian LimbangAssalamualaikum Warramatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Residen Bahagian Limbang