Perutusan Pegawai Daerah Limbang

 

Perutusan Pegawai Daerah Limbang


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Limbang. Pejabat Daerah Limbang merupakan agensi kerajaan yang sama-sama dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau secara berterusan rancangan-rancangan pembangunan demi kesejahteraan dan kemakmuran penduduk di Daerah Limbang. Laman web ini juga diwujudkan sebagai landasan informasi dan jalinan perhubungan antara rakyat di Daerah Limbang. 


Pentadbiran Daerah komited untuk menjayakan semua perancangan pembangunan dan mengorak langkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk. Semua warga Pejabat Daerah Limbang adalah pelaksana dan penghubung dalam menterjemahkan visi dan misi Kerajaan Sarawak di peringkat dasar dan akar umbi untuk manfaat penduduk di daerah ini.


Saya bagi pihak seluruh kakitangan Pejabat Daerah Limbang mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran semua pengguna untuk melayari laman web ini. Semoga maklumat yang dipaparkan menerusi laman web ini memberi manfaat berkesan bagi yang melayari laman web ini.


Sekian, terima kasih.


SULAIMAN BIN ENGAL
PEGAWAI DAERAH LIMBANG