Lain-Lain Perkhidmatan

 

Lain-Lain Perkhidmatan


Fungsi Pejabat Daerah unik dan pelbagai, selain dari melakukan tugas dan tanggungjawab rasmi, berkanun dan tidak berkanun, lain-lain fungsi Pejabat Daerah adalah seperti berikut:


1. Pengesahan Sijil
* Untuk tujuan pengesahan sijil , sila bawa bersama salinan asal sijil tersebut untuk rujukan pegawai kami.

2. Akuan Sumpah Surat Berkanun

* Sila ambil perhatian, untuk tujuan Surat Akuan Sumpah, hanya penama pada Surat Akuan tersebut perlu hadir sendiri berjumpa pegawai. Tiada wakil dibenarkan. (Surat Akuan)

3. Kaunseling

*Sila hadir ke Pejabat untuk tujuan kaunseling. Pegawai kami akan cuba membantu anda.

4. Saksi Borang Berkanun

* Untuk tujuan pengesahan saksi, sila hadir ke pejabat dan bawa bersama dokumen asal untuk rujukan pegawai kami.

5. Saksi dokumen-dokumen berkenaan

6. Dan lain-lain