UNDANG-UNDANG/PERATURAN * Akta Senjata Api 1960 * Surat Pekeliling SUK (yang berkaitan)
BAYARAN YURAN * RM 2.00 (Kecuali Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan anggota RELA)
WAKTU OPERASI KAUNTER PEMBAYARAN * Isnin - Khamis : 8.00 am - 1.00 pm dan 2.00 pm - 3.15 pm * Jumaat : 8.00 am - 10.45 pm dan 2.15 pm - 3.15 pm
MAKLUMAT UMUM * Pembelian peluru senapang patah hanya dihadkan kepada 25 butir sahaja sebulan. Untuk setiap urusan, pemohon diwajibkan membawa kelongsong peluru terpakai dan jumlah peluru yang boleh diluluskan adalah sama dengan jumlah kelongsong yang dibawa tertakluk kepada had yang telah ditetapkan.
SENARAI SEMAK * Kad Pengenalan * Lesen Memiliki dan Menggunakan atau Membawa dan Menggunakan Senapang Patah yang sah. * Kelongsong peluru yang terpakai.
PROSES KERJA PROSES
Langkah 1 - Pemohon menyerahkan lesen senapang patah untuk semakan (kesahihan, kelayakkan & tempoh yang sah)
Langkah 2 - Pemohon / kakitangan Pejabat Daerah mengisi Borang II untuk pembelian peluru (2 salinan) Langkah 3 - Kakitangan Pejabat Daerah mengeluarkan Bil (Borang T.304) sebanyak RM2.00 untuk dijelaskan di Pejabat Perbendaharaan. Langkah 4 - Setelah bil tersebut dijelaskan dan nombor resit direkodkan didalam buku bil, hantar borang Borang II tersebut kepada Pegawai Tadbir / Penolong Pegawai Tadbir untuk ditandatangani. Langkah 5 - Serahkan 1 salinan Borang II yang telah ditandatangani kepada pemohon dan simpan 1 untuk simpanan pejabat.
|