picture

Pendaftaran Hakmilik Senapang Patah Secara Probet

 

Pendaftaran Hakmilik Senapang Patah Secara Probet


Maklumat Umum
Permohonan untuk pemindahan senjata api (senapang patah) kepada anak lelaki atau anak perempuan yang bekerja sebagai petani sahaja

Melalui urusan probet (surat kuasa Pentadbir) sekiranya pemegang lesen meninggal dunia (dengan kelulusan Residen)

Masa Permohonan :

Bagi semua permohonan, dokumen-dokumen berkaitan serta syarat termasuk pengesahan dari doktor perubatan bahawa pemohon berada dalam keadaan yang sihat dan senapang patah yang berkenaan adalah dalam keadaan berfungsi setelah diperiksa oleh pihak polis.

Untuk Kelulusan permohonan, perkara berikut dipertimbangkan:

  • Komen tapisan keselamatn oleh pihak polis termasuk borang polis
  • R.J.2A.
  • Komen daripada Pegawai Daerah
  • Kelulusan daripada Residen

Undang-Undang / Peraturan

  • Akta Senjata, 1960
  • Surat Pekeliling Sept.2001

Borang Rasmi

  • Borang 1 / dibawah Akta Senjata, 1960 – Seksyen 4 (1)

Bayaran Yuran

  • RM 2.00

Dokumen yang Diperlukan

  1. Dua keping gambar berukuran gambar pasport
  2. Salina nasal lesen senapang patah
  3. Surat pengesahan pemeriksaan senapang patah
  4. Salinan kad pengenalan pemohon dan pemegang surat kuasa pentadbir
  5. Salinan Sijil kelahiran / surat sumpah pemohon
  6. Salinan surat kuasa pentadbir (Letters of Administration) dan Surat persetujuan daripada pemegang suratkuasa pentadbir
  7. Salinan geran tanah atau surat pengesahan pemilikan kebun / tanam-tanaman daripada ketua kaum