picture

News

 

Empat kes PUI Covid-19 dicatatkan di Sarawak

Posted on 29 Feb 2020
Source of News: Utusan Borneo

2020-02-28T16:26:40+08:00

 

KUCHING: Sarawak merekodkan empat kes baharu Orang Yang Disyaki (PUI)  koronavirus COVID-19, hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kes berkenaan adalah tiga di Hospital Umum Sarawak dan satu di Hospital Miri.

"Tiga kes di HUS melibatkan warganegara Malaysia sementara satu di Miri adalah warga negara China. Dengan kes baharu itu Sarawak sejak 10 Januari hingga hari ini secara keseluruhan merekodkan 124 kes PUI," menurut sekretariat dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekretariat menjelaskan, daripada itu kesemua 118 kes yang telah menjalani ujian makmal adalah negatif COVID-19 sementara enam lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

  • oleh
    Henrietta Liza