picture

News

 

Projek Lapangan Rekreasi Limbang dijangka siap Julai ini

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: TVS
Sumber berita : TVS
 
LIMBANG, 30 Mac: Projek Lapangan Rekreasi Limbang bernilai RM15 juta yang menjadi satu lagi venue utama untuk sukan-sukan lasak di utara Sarawak dijangka siap pertengahan Julai tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Landskap Negara dijangka siap awal daripada jadual sepatutnya.


 

 
Projek itu kini mencapai kemajuan pembinaan 87 peratus berbanding 63 peratus jadual yang ditetapkan.
Menurutnya lagi, pelbagai acara sukan dan kebudayaan akan dapat dilaksanakan di daerah berkenaan apabila siap kemudahan itu sekali gus menjadi satu lagi kawasan pelancongan utara Sarawak apabila siap kelak.

 


 
“Kalau mengikut tarikh asal ia sepatutnya siap pada 14 September tahun ini, tapi saya tadi menerima jaminan daripada kontraktor bahawa ia boleh siap awal,” katanya ketika ditemui TVS pada lawatan kerja ke tapak Projek Pembangunan Lapangan Rekreasi Limbang di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Residen Limbang, Jamalie Busri.