picture

News

 

Pembangunan Masjid, Surau di Limbang Terus Diperkukuh

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: TVS

Sumber berita : TVS

LIMBANG, 1 Apr: Kerajaan Sarawak  terus giat menekankan pembangunan institusi Islam menerusi peranan masjid dan surau yang mampu memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata hasrat itu melalui tanggungjawab menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan pembangunan masjid dan surau.

Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Limbang katanya turut menyalurkan sejumlah RM10,650 di bawah peruntukan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII) untuk Surau Darul Jannah, Kampung Tedungan yang terletak di kawasan sempadan daerah ini.