picture

News

 

PERKIM Limbang Bakal Mempunyai Bangunan pejabat Sendiri

Posted on 20 Apr 2023
Source of News: TVS

LIMBANG, 16 April: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang bakal mempunyai bangunan pejabat sendiri selepas tapak tanah bagi pembinaan pejabat itu sudah dikenal pasti untuk dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

 




 

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, kemudahaan itu amat diperlukan bagi membolehkan serta memudahkan badan dakwah tersohor itu menjalankan kegiatan keagamaan, pendidikan dan dakwah.
 
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu lagi dengan adanya bangunan dan pejabat sendiri pelbagai program akan dapat dilaksanakan memandangkan badan tersebut merupakan antara yang paling aktif menjalankan program di Sarawak.
 
“Difahamkan PERKIM memerlukan bangunan sendiri dan Alhamdulillah kita telah mendapat dua tapak tanah untuk PERKIM dan kita akan berjumpa dengan Jabatan Tanah dan Survey (JTS) untuk memastikan bahawa pusat itu mendapatkan tanah dan untuk pejabat akan terlaksana dalam masa yang terdekat,” katanya ketika ditemui media selepas Penyampaian Sumbangan Raya PERKIM Limbang dan Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Kota di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang semalam.
Turut sama pada program itu ialah isteri Dr. Abdul Rahman yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang Datin Dayang Maimunah Awang Mohd Daud dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.
Kata beliau, PERKIM Limbang turut memperluaskan penganjuran program dakwah, keagamaan, sosial dan kemasyarakatan selain menyantuni golongan memerlukan.
 
Malah katanya, PERKIM Cawangan Limbang terus mengiatkan usaha menghulurkan sedekah amal jariah kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan tuntutan agama Islam khususnya pada bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Pada majlis itu seramai 252 pernerima membabitkan anak-anak yatim, golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan duit raya. –TVS