News

 

Rumah Terbuka Awang Tengah di Lawas Meriah

Posted on 26 Apr 2023
Source of News: TVS



LAWAS, 24 April: Rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara acara yang paling dinantikan pelbagai lapisan masyarakat di utara negeri ini selepas dua tahun berturut-turut tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.

Majlis diadakan selama dua hari iaitu Hari Raya kedua dan ketiga bermula jam 9 pagi hingga 5 petang menyediakan pelbagai juadah seperti sate, nasi impit, ketupat, pulut, tapai, rendang ayam dan daging, lemang dan pelbagai jenis minuman.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Datuk Amar Awang Tengah dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud di kediaman mereka di Lot 1937 Taman Klasik Lawas.

Awang Tengah berkata, pihaknya menjangkakan kehadiran puluhan ribu tetamu ke majlis berkenaan yang terdiri daripada penduduk tempatan, sebahagian warga Brunei dan sahabat daripada Sabah.

 



 

Selain itu kemesraan dan hubungan rapat pemimpin kesayangan rakyat itu terserlah dengan kehadiran kaum Iban, Lun Bawang dan komuniti Cina yang turut memeriahkan acara rumah terbuka berkenaan.

Awang Tengah dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan isteri, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan isteri, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan isteri serta Setiausaha Politik Kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan isteri. – TVS