News

 

Perahu Laju gegar Sungai Lawas hujung minggu ini

Posted on 08 Jun 2023
Source of News: TVS

Pertandingan Perahu Laju 15 Kuasa Kuda (HP) akan diadakan di kawasan perairan Sungai Kampung Seberang Kedai, Lawas, Sabtu  ini. Foto: Abdul Rahman Maidi


LAWAS, 6 Jun: Peserta dari Lawas, Limbang, negara Brunei Darussalam, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka bakal menggegar Sungai Lawas sempena penganjuran Pertandingan Perahu Laju 15 Kuasa Kuda (HP) Sabtu  ini.  Pengurus dan Ahli Jawatankuasa Penganjur, Abdul Rahman Maidi berkata, pertandingan itu akan diadakan di kawasan perairan Sungai Kampung Seberang Kedai di sini, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.  

“Pelbagai ganjaran menarik ditawarkan pada kejohanan itu berupa wang tunai dan piala untuk direbut pemenang- pemenang perahu laju,” katanya kepada media hari ini.  Abdul Rahman memberitahu sebanyak 10 acara bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran juara dan mahkota kejuaraan.  “Acara-acara yang dipertandingkan termasuk 15hp Yamaha Perahu Bidar (tertutup Lawas), 15hp Yamaha Perahu Bidar (terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bebas (terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bidar (tertutup Lawas) dan 15hp Yamaha Perahu Bebas (terbuka).

“Acara lain membabitkan 15hp Yamaha Perahu Bidar (terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bebas (terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bidar (terbuka), 15hp Yamaha Perahu Bidar sahaja (piala pusingan tertutup Lawas) dan 15hp Yamaha Perahu Bidar sahaja (piala pusingan terbuka),” katanya.  Jelas beliau, yuran pendaftaran sebanyak RM20 ditetapkan bagi setiap acara dan bot penyelamat juga ditempatkan di setiap perlumbaan.  Orang ramai katanya, dijemput hadir untuk memeriahkan program itu, sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau ditalian 019-9977900, Junaidi ditalian 019-5181505, Bujang (013-5796245 dan Kasrul (017-8642072). – TVS