News

 

Pembinaan lif di Bangunan Tamu Limbang siap, manfaatkan peniaga dan pengunjung

Posted on 01 Sep 2023
Source of News: TVS

Bangunan Tamu Limbang menjadi tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong dari Brunei. Foto TVS.

 

LIMBANG, 31 Ogos: Peruntukan RM1.1 juta yang diberikan oleh Kerajaan Sarawak untuk membina kemudahan lif di Bangunan Tamu Limbang siap sepenuhnya.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL), Kaunselor Sufian Mohat berkata, sebelum ini kemudahan lif di Bangunan Tamu Limbang amat diperlukan oleh 60 peniaga yang beroperasi di tingkat satu bangunan berkenaan.

Katanya sebelum ini peniaga, orang ramai serta pengunjung dari Brunei terutama warga emas mengadu sukar untuk naik ke bahagian atas pasar berkenaan.

“Sehubungan itu, MDL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari kerana meluluskan peruntukan untuk projek rakyat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir majlis penyerahan kunci lif daripada kontraktor kepada MDL hari ini.

Turut hadir, Setiausaha MDL, Petrick Linggi Taboh.

Jelas Sufian lagi, kemudahan lif itu akan memudahkan para peniaga untuk mengangkut barang jualan sama ada untuk naik ke bahagian atas atau sebaliknya yang sebelum ini menggunakan tangga. -TVS