picture

News

 

Jualan Rahmah dua kali seminggu di Lawas

Posted on 23 Oct 2023
Source of News: TVS

Matthew (tiga kiri), ditemani Pulnama (dua kiri), Peter (kanan) merasmi Jualan Rahman di Kampung Noor Islam, Kuala Lawas. Foto: TVS
 

LAWAS, 15 Okt: Program Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dilaksanakan dua kali seminggu merupakan usaha membantu rakyat.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, pihaknya cakna dengan masalah peningkatan kos sara hidup.

Katanya Jualan Rahmah merupakan langkah berkesan untuk membantu rakyat berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

“Para pengguna boleh rujuk Facebook KPDN, kita akan muat naik program Jualan Rahmah yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Consumer @ Lawas Criterium Challenge di Kampung Noor Islam di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Lawas, Joseph Ganang Surang.

Sementara itu Matthew Dominic memberi jaminan bahawa anggota penguatkuasaan di seluruh Sarawak akan melaksanakan pemantauan bagi mengelak berlaku kenaikan harga barangan.

“Berkaitan dengan isu harga barang, kita ada 191 orang anggota termasuk di Lawas.

“Kita akan memastikan tanda harga barang dipamerkan oleh peniaga kerana anggota penguatkuasa turun padang setiap hari,” katanya. -TVS