picture

News

 

SUKSAR III 2023: Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu) ungguli hari pertama dengan 10 emas

Posted on 18 Jan 2024
Source of News: TVS



Acara karate menyumbang empat pingat emas kepada Zon Utara hari ini. Foto Yazid Ibrahim (TVS).
 

SIBU, 15 Jan: Kontinjen Zon Utara (Limbang, Miri, Bintulu) menduduki kedudukan teratas kutipan pingat selepas berakhir hari pertama Sukan Sarawak
(SUKSAR) Sibu 2023 lewat petang tadi.

Kontinjen itu meraih 10 pingat emas dengan sukan angkat berat dan karate masing – masing menyumbang empat emas.
 

Mereka turut cemerlang apabila meraih satu emas dalam acara berbasikal dan wushu serta lima pingat perak dan 12 gangsa.

Tuan rumah, Zon Tengah (Sibu,Bintulu dan Kapit) pula mengekori di tempat kedua dengan mengutip lima pingat emas, sembilan perak dan 10 gangsa.
 

Zon Tengah turut membuktikan kehebatan mereka dalam acara wushu apabila meraih tiga pingat emas.

Dua lagi emas diraih menerusi acara berbasikal dan angkat berat.
 

Zon Selatan (Serian, Samarahan, Kuching) pula berada di kedudukan ketiga dengan lima emas, enam perak dan lima gangsa.

Zon Barat pula sekadar berpuas hati dengan lima pingat gangsa.