Berita

 

Golongan Belia Harapan Masa Depan

Disiarkan pada 27 Feb 2024
Sumber Berita: UKAS



ISNIN, 26 FEBRUARI 2024

LAWAS: Golongan belia merupakan harapan masa depan masyarakat, negeri dan negara.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menjelang tahun 2030, golongan belia dijangka merupakan kumpulan majoriti yang akan menjadi pemegang taruh dalam mencorak dan menentukan kepimpinan Malaysia.

Ke arah itu katanya, para belia diberi hak istimewa untuk mengundi yang mana harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Tanggungjawab itu adalah denganturun mengundi semasa pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun.

“Belia mesti rela berkorban demi satu undi, yang akan menentukan wakil rakyat di kawasan kita sendiri, satu kawasan juga akan menentukan siapa yang akan memimpin negeri dan negara kita. Jangan beranggapan satu undi tidak penting. Jika ramai yang beranggapan satu undi tidak penting maka banyak yang tidak mengundi,”katanya.

Berikut menurut beliau menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong semasa menyempurnakan Program SAMASEDIA 2024 di Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lawas, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan para belia di Lawas untuk memajukan pelajaran dan meningkatkan kemahiran masing-masing mengikut arus perubahan.

Tegasnya, kerajaan Sarawak akan sentiasa membawa dan menyediakan pelbagai kemudahan ke daerah ini.-Edisi UKAS