picture

News

 

Jawatankuasa MAKSAK Wanita Bahagian Limbang Serah Bantuan Saguhati Kepada Pasukan Futsal MAKSAK Wanita Limbang

Posted on 08 Mar 2024
Source of News: UKAS

 

RABU, 6 MAC 2024

LIMBANG: Jawatankuasa Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Bahagian Limbang menyerahkan sumbangan saguhati kepada pasukan futsal MAKSAK Wanita Bahagian Limbang.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Limbang Sarapiah Wan Kadir bersama Timbalan Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Limbang Hamidah Halpi serta disaksikan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Menurut Sarapiah, ia merupakan antara tanggungjawab sosial persatuan dalam membantu ahli MAKSAK Wanita yang telah terpilih mewakili Bahagian Limbang dan juga merupakan simbolik sokongan moral kepada pasukan wanita.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa MAKSAK Wanita Bahagian Limbang pada Selasa.

Sementara itu, beliau berharap agar penglibatan aktif dalam sukan menjadi budaya penjawat awam wanita untuk kesihatan fizikal yang cergas dan mental yang cerdas.-EDISI UKAS