Berita

 

Persatuan Anak Jati Lawas Kuching kunjungi Pesuruhjaya Polis Sarawak

Disiarkan pada 25 Feb 2026
Sumber Berita: Utusan Sarawak


HUBUNGAN MESRA… Datuk Mohamad Zainal menerima momento kenangan daripada (tiga kanan) Awangku Jinal Abedin.
 

LAWAS: Persatuan Anak Jati Lawas, Kuching mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, dipimpin oleh Pengerusi persatuan, Datu Sanib Said.

Pertemuan berlangsung di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan turut dihadiri Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa; serta Ketua Mahkamah Syariah Sibu, Yang Arif Tuan Abdul Kadir.
 



BERTUKAR PANDANGAN…  Datuk Mohamad Zainal kelihatan bertukar pandangan dan berkongsi beberapa maklumat dengan jawatankuasa induk Persatuan Anak Jati Lawas.


 

Menurut kenyataan persatuan, kunjungan itu bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Persatuan Anak Jati Lawas, Kuching dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek keselamatan, keharmonian masyarakat, dan pembangunan komuniti setempat.

Kedua pihak juga bertukar pandangan dan maklumat bagi meningkatkan penyertaan ahli persatuan dalam program PDRM kontinjen Sarawak.

Oleh Adeng Idris