Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 23 Apr 2019
Versi 8.2.0a
 
SOALAN LAZIMSOALAN LAZIM

FAQ

Umum

PERMIT PUNGUTAN AWAM

1. Soalan: 

Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama permohonan ?

Jawapan:  

  •  3 Salinan borang permohonan [BORANG-A]
  •  3 keping gambar setiap orang bagi pemohon dan pemungut
  •  1 salinan Minit Mesyuarat terkini bagi Persatuan/Jawatankuasa,
  •  1 salinan penyata akaun bank semasa, dan
  •  1 salinan fotostat kad pengenalan bagi pemohon dan pemungut

Contoh ayat:

      AJK mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat kutipan awam
      dan memohon lessen bagi tujuan membina semula bangunan sekolah, dewan serbaguna
      dan telah melantik 5 orang iaitu ...... (Nyatakan nama dan jawatan).

  • 1 salinan penyata akaun bank semasa
  • 1 salinan fotostat kad pengenalan bagi pemohon dan pemungut   

PENDAFTARAN PROBET

2. Soalan :

    Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pendaftaran probet?

    Jawapan :

  • Salinan Sijil Kematian

  • Salinan Sijil Perkahwinan (jika tiada, semua Sijil Kelahiran anak – anak harus dibekalkan

  • Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran semua waris

  • Surat Wasiat Asal - jika berkenaan

  • Surat Persetujuan/Letter of Consent - jika perlu (borang boleh didapati di Pejabat Daerah)

  • Semua harta benda yang berdaftar di atas nama Simati

  • Surat Sumpah (sekiranya tiada Sijil Kematian bagi yang meninggal dunia  sebelum 3.9.1963 berserta gambar batu nisan simati)

  • Surat Sumpah yang disertakan dengan Resit Daftar Lewat Kematian bagiyang meninggal dunia selepas 3.9.1963

  • Penilaian Harta Tanah jika simati meninggal sebelum 1 November 1991.

  • Estet Duti akan dikenakan jika nilai harta pada harga tertentu.                     

3. Soalan:

     Adakah perlu semua waris hadir?

Jawapan: 
         Ya, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).Sekiranya
         adik beradik atau waris terdekat tidak dapat hadir, borang persetujuan waris hendaklah
         diisi dan perlu mendapatkan tandatangan adik beradik atau waris serta pengesahan
         daripada Ketua Kampung/Ketua Kaum/Penghulu.

4. Soalan:

     Adakah setiap probet yang diproses memerlukan pengesahan Ketua
     Masyarakat/Ketua Kaum?

Jawapan:

     Ya, bagi memastikan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.

5.Soalan:
  
   Berapa lama kelulusan Probet?

Jawapan:
     Sekiranya semua dokumen lengkap dan mendapat kelulusan Pegawai Daerah, kelulusan
     Probet adalah 5 hari waktu bekerja

2. Soalan : Adakah semua waris terdekat simati harus hadir ke pejabat semasa
                   pendaftaran dilakukan ?

Jawapan :
Ya, tujuannya adalah untuk mendapatkan persetujuan kesemua waris bagi pemilihan pentadbir harta simati dan direkodkan di dalam Buku Pendaftaran Probet. 

3. Soalan : Apakah yang harus dilakukan jika waris tidak dapat hadir bersama semasa pendaftaran probet dilakukan?

Jawapan :
Waris diwajibkan mengisi Borang Persetujuan / Letter of Consent dan menandatangani borang tersebut dengan disaksikan oleh Majistret / Pegawai Kerajaan / Majikan / Ketua Masyarakat / Ketua Kaum di tempat beliau berada. 

PINDAH MILIK SENAPANG PATAH MELALUI PROBET

1. Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Pindah Milik Senapang Patah Melalui Probet?

Jawapan :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon

  • Salinan Sijil Lahir pemohon / akuan bersumpah jika tiada Sijil Lahir

  • Salinan Surat Kuasa Mentadbir Harta (Letter of Consent)

  • Resit Simpanan Senjata Api dari Balai Polis

  • Dua (2) keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport

  • Salinan Lesen Senjata Api

  • Bayaran yuran sebanyak RM2.00 sahaja.

PINDAH MILIK SENAPANG PATAH SEMASA HAYAT

1. Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Pindah Milik Senapang Patah Semasa Hayat?

Jawapan :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pemilik baru

  • Salinan Sijil Lahir pemilik baru / akuan bersumpah jika tiada Sijil Lahir

  • Dua (2) keping gambar terbaru pemilik baru berukuran pasport

  • Salinan Lesen Senjata Api

  • Bayaran yuran sebanyak RM2.00 sahaja

PERMOHONAN PERMIT MEMBELI PELURU

1. Soalan : Berapa lamakah tempoh sah laku permit membeli peluru?

Jawapan :
Tempoh sah laku adalah 1 bulan dari tarikh membeli. 

2. Soalan : Apakah dokumen yang diperlukan?

Jawapan :

  • Buku Lesen Senapang Patah

  • Kelonsong peluru (25 biji perlu dikembalikan)

  • Bayaran RM2.00 sahaja.

PERMOHONAN PENDAFTARAN ANAK ANGKAT

1. Soalan :  Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran permohonan Anak Angkat?

Jawapan :

  • Salinan Sijil Lahir Kanak - kanak

  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa Kandung

  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa Angkat

  • Salinan Kad Pengenalan Saksi (2 orang)

  • Salinan Surat Nikah Ibu Bapa Kandung dan Ibu Bapa Angkat

*Sijil akan dikeluarkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dengan syarat semua
   pihak yang terlibat hadir bersama serta dokumen-dokumen yang lengkap serta
   memenuhi prosedur-prosedur yang lengkap.