Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Miri akan mengadakan Program Klinik Guaman di Bahagian Limbang pada ketetapan yang berikut :
Tarikh: 21 Jun 2022 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Batu Lawi, Tingkat 6, Pejabat Residen Limbang
Tujuan program ini dijalankan bagi memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada orang awam sama ada dalam kes sivil, jenayah atau syariah.
Sila bawa bersama dokumen seperti yang berikut :
1. Salinan Sijil Kahwin/ Sijil Nikah
2. Salinan Kad Pengenalan
3. Salinan Sijil Lahir Anak-anak
4. Slip Gaji (3 bulan terkini)
5. Surat/Perakuan dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika ada)
6. Lain-lain Dokumen Berkaitan
Tuan/Puan dijemput datang khususnya kepada warga penduduk Bahagian Limbang.
Pendaftaran Nama Lesen & Pembaharuan Lesen Perniagaan
PEMBAHARUAN LESEN PERDAGANGAN
Senarai Semak Pembaharuan Lesen Perdagangan
1. Cop perdagangan yang lengkap dengan alamat
2. Lesen perdagangan yang asal / yang luput tempoh
Proses Kerja Pembaharuan Lesen Perdagangan
* Terima Borang TL daripada pemohon ( Borang TL adalah percuma)
* Bawa bersama lesen perdagangan untuk disemak & kelulusan
* Bayaran yuran pembaharuan lesen perdagangan sebanyak RM25.00
* Lesen pembaharuan disediakan
* Serah lesen pembaharuan perdagangan kepada pemohon
NAMA PERDAGANGAN
Senarai Semak Pendaftaran Nama-Nama Perdagangan
1. Borang BNR R20 dalam satu salinan.
2. Salinan fotostat kad pengenalan pemohon.
3. Cop rasmi perniagaan ( Company Official Rubber stamp).
4. Surat hak milik tanah bagi tempat perniagaan yang dipohon.
5. Surat perjanjian penyewaan.
6. Surat kebenaran daripada pemilik premis yang dinyatakan sebagai tempat perniagaan (Jika disewa)